Kadang-kadang
bila kita makan supplement, kita tak rasa lebih sihat malah rasa lebih
teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari Columbia Unversity ni.
Krisis
pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa
pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses
pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang
telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa
proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan
gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam
falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa
didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut
Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila
seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan
bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini
sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih
kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang
lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai
contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan
usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan
jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda
masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada
permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan
nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila
semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih
semula.
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah
orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi
sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia
sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses
penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya
berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan
anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan
biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada
krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda
sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling
optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses
penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua
orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan
sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan
berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza.
Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis
pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement,
anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga,
pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan
peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca
Tanda Krisis Penyembuhan Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat - Tekanan darah yang tinggi,tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit,
kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing
berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam
kolon
Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam,
gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi
hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi - Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif - Sistem saraf yang lemah
Haid
tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin
banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang
memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir Pening,
lapar Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah,
masalah hati Slight Edema (bengkak)- Masalah buah pinggang
Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Pada
waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih,
rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi
kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui
fasa ini. InsyaAlah.