Sunday 21 September 2014

TESTIMONI VIVIX (KANSER)

Dalam dunia Shaklee di Malaysia, Master Law sangat dikenali kerana  beliau merupakan salah seorang dari pesakit kanser yang berjaya pulih sepenuhnya. Lebih kurang 10 tahun yang lepas, Master Law telah disahkan menghidap kanser dan telah menjalani kemoterapi selama setahun. Diperingkat permulaan dahulu..Master Law tidak minum Vivix kerana dimasa tu tidak ada Vivix  lagi. Apa yang beliau amalkan adalah Alfalfa Shaklee  yang merupakan makanan berakali tinggi. Badan yang berasid mempercepat pertumbuhan sel kanser. 
Master Law makan banyak alfalfa dalam sehari, mungkin lebih daripada 30 biji, sampai hijau gigi dia telan. Saya tahu ramai yang akan pertikaikan jumlah yang dia makan ni. Terlalu banyak kan? Saya tak nafikan juga, biji alfalfa berlebihan akan menyebabkan kemudaratan. Tapi, alfalfa Shaklee dihasilkan daripada daunnya yang dikatakan selamat untuk jangka panjang berbanding biji alfalfa. Untuk langkah berjaga-jaga dinasihatkan mematuhi saranan Shaklee iaitu sebanyak 10 biji sehari. Kalau nak makan lebih, itu atas atas tanggungjawab sendiri. Pesakit SLE atau alah kepada herba ini dilarang sama sekali.


Jom kita ikuti kisah Master Law dan Shaklee :

"Kisah cinta saya dengan Shaklee bermula dengan 10 tablet Alfalfa, dan saya sangat berterima kasih kepada Master Andrew Pang, Upline saya, yang memperkenalkan saya kepada dunia indah produk Shaklee, dan juga memberi saya peluang untuk meningkatkan potensi dalaman saya dan untuk membantu mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan. 

Saya bertemu dengan Shaklee selepas satu tahun kemoterapi saya, Ya, saya seorang yang penghidap kanser yang masih hidup. Pada awal Disember 2003, saya telah diiagnosis dengan tumor paru-paru dan untuk lebih tepat, Germa-sel Tumor. Berita itu datang sebagai tamparan yang dahsyat kepada semua aspek dalam hidup saya kerana saya tidak pernah jangka yang saya akan didianosis sebagai pesakit kanser. Bahagian yang paling mencabar untuk menjadi seorang pesakit kanser adalah rawatan itu sendiri. Saya telah melalui rejim kemoterapi selama tiga bulan. Percayalah, ia adalah neraka!. Mimpi ngeri yang paling teruk ialah muntah itu sendiri. Apa sahaja pergi ke perut saya, saya akan muntah dalam masa yang singkat, dan trauma itu berakhir dengan muntah darah. 

Sejak itu, saya menjadi vegetarian tulen, yang bermaksud dalam diet saya, tiada daging, tiada telor, tiada susu, tiada bawang putih (kecuali Garlic Compleks Shaklee), dan tiada bawang. Sebelum saya bertemu dengan Shaklee, saya benar-benar tidak bertenaga dan lesu, dan semua orang menasihati saya supaya tidak menjadi vegetarian, tetapi dari pembacaan saya dan pengalaman peribadi saya dengan pesakit, saya menyedari bahawa menjadi vegetarian adalah terbaik untuk kesihatan saya tidak begitu memuaskan. 

Segala-galanya berubah selepas Shaklee datang ke dalam hidup saya. Bukti terbaik adalah keputusan pemeriksaan perubatan baru-baru ini. Selepas mengambil Shaklee selama kira-kira empat bulan, saya pergi untuk temujanji setiap enam bulan sekali untuk pemeriksaan perubatan. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa 'kad laporan' saya SEMPURNA!!. Orang sentiasa bertanya kepada saya, "Apakah produk Shaklee yang anda ambil?" Dan jawapan saya sentiasa, "Semua!!" Memang betul, SEGALANYA kerana ia dalah daripada makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan penjagaan rambut, dan semua produk isi rumah, saya Shaklee-kan hidup saya. 

Walau bagaimanapun, apabila saya pertama kali mula mengambil Shaklee, saya mengalami krisis penyembuhan - Saya mengalami batuk sehingga paru-paru saya meletup! Dengan kepercayaan dan keyakinan dalam produk Shaklee dan sistem imun saya sendiri, saya teruskan juga. Dan sekarang, saya mula menikmati masa, kesihatan dan kebebasan kewangan. 

Sekali lagi, saya berterima kasih kepada Dr. Shaklee untuk memberikan dunia yang terbaik, dan kerana membenarkan saya untuk benar-benar menikmati kebebasan dalam kehidupan. Terima kasih, saya sukakan anda, Dr. Shaklee! Dan saya cintakan ibu bapa saya untuk semua perkara yang indah mereka berikan kepada saya sepanjang hidup saya" - Master Law Chu Hian. 


Antara vitamin Shaklee yang diamalkan oleh Master Law dalam menjaga kesihatannya dan sembuh dari kanser ialah Shaklee Vivix . Vivix membantu membai pulih DNA yang rosak, sekaligus meremajakan kesihatan tubuh kembali. Lihat sahaja Master Law  yang kini kelihatan sangat muda dan cergas walaupun umurnya telah mencapai 50-an. 










your SID Kuantan, Pahang 
Hubungi : Angah Nani 


Hotline/Whatsapp/sms : 017-9225144
Blog : cintai-vitamin.blogspot.com

Thursday 18 September 2014

Mengapakah Senaman Disyorkan Semasa Hamil?

Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. 




Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi. 


Senaman apakah yang terbaik bagi saya?


Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda. 


Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. 

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini. 

Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. 

Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan. 


Kelas senaman air 
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan. 

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat. 


Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda. 

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik. 

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan. 


Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan. 

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin. 

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu. 

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda. 

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 

Tarian 
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba. 

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain. 

Aerobik berimpak rendah dan Fitball 
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik. 

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

creadit : babycenter.com.my

Sunday 14 September 2014

MANFAAT VITAMIN C YANG PERLU DIKETAHUI





          Beruntung mereka yang gemar memakan oren. Banyak khasiat buah ini dari sudut kecantikan dan juga kesihatan. Ini disebabkan oelah kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah ini. Kajian demi kajian membuktikan vitamin C antara bahan paling utama yang berkesan meningkatkan kecantikan dan kesihatan.  Demi mendapatkan vitamin C, seharusnya buah oren sentiasa dimasukkan dalam menu anda. Lihat sahaja manfaat vitamin C ini. 

Imunisasi / Daya Tahan Badan dan  Baik Pulih Luka 

       Dos yang betul bagi vitamin C melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada bakteria, virus dan jangkitan. 

        Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolegen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu mempercepatkan luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu. 

Kurangkan Simptom Demam 

         Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selesema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam. 

Antioksida 

      Vitamin C adalah anti oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atheroscelerosis iaitu penyebab penyakit jantung dan strok. 

Saluran Darah 

      Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atheroscelerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada. 

Kurus 

     Vitamin C dan jus oren telah terbukti membantu untuk menguruskan badan dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi vitamin C dalam pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 

     Para doktor mendapati amalan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, di samping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak. Insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan. 

Pelindungan Dari Matahari

       Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.  Antioksidan dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang. 

Penghasilan kolagen 

   Kolagen adalah komponen hyroxyproline dan hydoxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen.  Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.  Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya.  Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.  

Penyembuhan luka

     Tubuh menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekali gus menyembuhkan luka dengan lebih cepat.  Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat. 

Melindungi Perubahan Warna Kulit 

     Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit). 

   Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompo-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut. 

Memperbaiki Tekstur Kulit 

     Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan vitamin C membantu sistem aliran darah.  Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit. 

    Ia juga meningkatkan pembetukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu. 

Meningkatkan Pertumbuhan Rambut. 

    Pengambilan vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadikan punca utama pelbagai masalah rambut.  Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang.  Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut. 



Kenali Sustained Release Vita-C

Semua sudah mengenali Vitamin C, tapi apakah yang terkandung dan keistimewaan Sustained Release Vitamin C shaklee berbanding vitamin C lain yang berada di pasaran?

Ya, sudah tentu  Sustained Release Vita-C  adalah 100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan kerana semua produk shaklee menjalani ujian-ujian klinikal (ujian ke atas manusia) sebelum dipasarkan. Jika diambil 2 kali sehari (2 biji sehari), Sustained Release Vita-C dapat mengekalkan paras Vitamin C plasma selama lebih 24 jam.

Selain itu, Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.

Chewable Vita-C Plus (100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan) pula dikhaskan untuk golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang ada masalah menelan tablet. Rasa sensasi oren aslinya (tanpa pengawet dan perasa tiruan) dapat memikat selera kanak-kanak dan golongan yang  ada masalah menelan tablet ni. Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2 biji oren .



Sustained Release Vita-C & Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi  dalam vitamin C sintetik. Aksesori nutrisi  ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.


Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:

  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

Keperluan Vitamin C dalam Badan:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:

  • Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja

Kesan Kekurangan Vitamin C:

  • Rasa letih
  • Gigi Gugur
  • Saluran darah kecil, senang pecah,
  • Luka lambat pulih
  • Penyakit anemia (kurang darah)


PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DAN BRAND LAIN 

Pastikan anda beli dari pengedar Shaklee yang Sah. 


1.Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!

Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! 

2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'

Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!


3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!

Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! 


4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya
Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? 

Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


Your SID Kuantan, Pahang 
Hubungi : Angah Nani 
Hotline/Whatsapp/sms : 017-9225144
Blog : cintai-vitamin.blogspot.com

Tuesday 9 September 2014

MULTI-VITAMIN TERTUA DUNIA

 Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diestrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi ekplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet muti-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.



KEBAIKAN UTAMA 

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia. 
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod. 
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati









Your SID Kuantan, Pahang 
Hubungi : Angah Nani 
Hotline/Whatsapp/sms : 017-9225144
Blog : cintai-vitamin.blogspot.com


Tuesday 2 September 2014

TESTIMONI MEALSHAKE

Pengalaman saya sendiri....anak saya Intan selalu demam panas, makan pun tak de selera. Kalau demam mesti 7 hari keatas baru baik. Antibiotik, ubat demam abis sebotol baru dia baik. 3 bulan sekali..mesti Intan demam. Saya pulak kena amik cuti la jaga Intan. dia memang kuat merenggek bila demam. 

Alhamdulillah...setelah sy mencuba Mealshake, Intan tidak kerap demam. Malahan kalau demam pun paling lama 2-hari. tapi biasanya mmg tak lebih dari 1 hari je...demam pagi..petang kang dah ok. Selera pulak..hmm boleh tahan...sebungkus nasi goreng pataya mmg boleh abis. Intan bukan jenis kuat makan. Jenis kurus tinggi gitu. so kalau nk makan sy kena suapkan. tp skang...dia selalu minta makanan. mmg berbeza sungguh selera Intan. 

Saya hanya beri 1 sudu kecil Mealshake Shaklee setiap pagi...tambah dalam air milo Intan sebelum ke sekolah. Intan mmg tak suka amik sarapan. Hanya milo sahaja. Tp sy tak risau sbb Mealshake membekal vitamin dan mineral yang diperlukan olehnya setiap hari. Jom kita lihat kelebihan Mealshake ni.....

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein



##Kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee  sebanyak satu sudu teh atau satu sudu kfc yang kecil. 


Hubungi : Angah Nani 
Hotline/Whatsapp/sms : 017-9225144
Blog : cintai-vitamin.blogspot.com