Beruntung mereka yang gemar memakan oren. Banyak khasiat buah ini dari sudut kecantikan dan juga kesihatan. Ini disebabkan oelah kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah ini. Kajian demi kajian membuktikan vitamin C antara bahan paling utama yang berkesan meningkatkan kecantikan dan kesihatan. Demi mendapatkan vitamin C, seharusnya buah oren sentiasa dimasukkan dalam menu anda. Lihat sahaja manfaat vitamin C ini.
Imunisasi / Daya Tahan Badan dan Baik Pulih Luka
Dos yang betul bagi vitamin C melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolegen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu mempercepatkan luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
Kurangkan Simptom Demam
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selesema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
Antioksida
Vitamin C adalah anti oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atheroscelerosis iaitu penyebab penyakit jantung dan strok.
Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atheroscelerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
Kurus
Vitamin C dan jus oren telah terbukti membantu untuk menguruskan badan dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi vitamin C dalam pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati amalan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, di samping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak. Insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
Pelindungan Dari Matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksidan dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
Penghasilan kolagen
Kolagen adalah komponen hyroxyproline dan hydoxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
Penyembuhan luka
Tubuh menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekali gus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
Melindungi Perubahan Warna Kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompo-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
Memperbaiki Tekstur Kulit
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembetukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Meningkatkan Pertumbuhan Rambut.
Pengambilan vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadikan punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.
Kenali Sustained Release Vita-C
Semua sudah mengenali Vitamin C, tapi apakah yang terkandung dan keistimewaan Sustained Release Vitamin C shaklee berbanding vitamin C lain yang berada di pasaran?
Ya, sudah tentu Sustained Release Vita-C adalah 100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan kerana semua produk shaklee menjalani ujian-ujian klinikal (ujian ke atas manusia) sebelum dipasarkan. Jika diambil 2 kali sehari (2 biji sehari), Sustained Release Vita-C dapat mengekalkan paras Vitamin C plasma selama lebih 24 jam.
Selain itu, Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.
Chewable Vita-C Plus (100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan) pula dikhaskan untuk golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang ada masalah menelan tablet. Rasa sensasi oren aslinya (tanpa pengawet dan perasa tiruan) dapat memikat selera kanak-kanak dan golongan yang ada masalah menelan tablet ni. Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg vitamin c (iaitu ascorbic asid) bagi setiap biji tabletnya yang bersamaan 1 1/2 biji oren .
Sustained Release Vita-C & Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik. Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.
Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
- Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
- Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
- Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan
Keperluan Vitamin C dalam Badan:
- Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
- Menguatkan struktur gigi dan gusi
- Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
- Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
- Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
- Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
- Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
- Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
- Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
- Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
- Membantu dalam proses pemulihan kudis
- Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
- Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:
- Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
- Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja
Kesan Kekurangan Vitamin C:
- Rasa letih
- Gigi Gugur
- Saluran darah kecil, senang pecah,
- Luka lambat pulih
- Penyakit anemia (kurang darah)
PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DAN BRAND LAIN
Pastikan anda beli dari pengedar Shaklee yang Sah.
1.Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!
Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!
2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'
Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!
3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!
Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari!
4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya
Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids?
Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!
5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
No comments:
Post a Comment